Nama saya Noorddin Salleh
tapi lebih senang dipanggil Akhi Nosa Iskandar. Nosa adalah singkatan dari Noorddin Salleh dan Iskandar pula adalah nama kepada atuk akhi... Akhi pula ada gelaran yang di berikan oleh sahabat akhi Maya Maisara berkenalan semasa bersamanya dalam Facebook. Akhi suka membuat grafik tapi oleh kerana tidak mendapat pendidikan formal dalam bidang ini maka grafik yang akhi tampilkan hanya biasa-biasa saja, tidak ada yang luar biasa kerana akhi hanya memakai perisian yang mungkin agak lama tetapi kerana sudah terbiasa maka akhi gunakan perisian itu hinggga kini..... Nama perisian itu adalah Jacs Paint Pro 7. Sebut fasal grafik akhi banyak membuat kerja-kerja dapat menarik minat kawan-kawan. Kadang-kadang akhi buat muka depan majaallah.... Ramai sudah Rakan-Rakan FB menjadi bahan untuk akhi jadi bahan menghiasi muka depan majallah. Dan hingga sekarang akhi masih menyimpan hasil kerja akhi itu, Akhi juga suka membuat AdunGrafik untuk puisi terpilih yang terus akhi abadikan di www.koleksikaryakreatif.blogspot.com dan Alhamdullillah ramai yang menyukainya. Dan akhir2 ini akhi membuat jam dinding berfoto yang akhi pasarkan di Facebook. Boleh tahan juga sambutannya. Walau pun sekadar suka-suka tetapi berbaloi. Dengan membuat jam dinding berfoto ini akhi mendapat sumber rezeki baru. Jam berfoto ini akhi namakan sebagai Masterpiece313 ... Masterpiece adalah perkataan yang disarankan oleh Abg Chob @Projek Mega yang terus-terusan memberi galakan kepada akhi apabila akhi membuat inovasi dengan apa saja hasil kerja yang baru. Terimakasih Abg Chob....Abg Chob ada pembimbing akhi adalah pembimbing akhi dalam membina website. Ketiga-tiga mereka ini adalah orang yang ada kaitan dalam hidup akhi. Abg Chob adalah pembimbing akhi hingga
mampu menghasilkan laman web yang menarik dan memberi saranan agar nama MASTERPIECE digunakan untuk nama jam yang akhi gunakan sekarang ini sementara Yong Baizura Johor pula adalah pelanggan yang pertama yang menempah jam dari akhi. Dan Maya Maya Maisara adalah orang yang pertama memberi gelaran 'Akhi' yang terus akhi gunakan sampai sekarang ini. |
Klik foto ini untuk ke FB....
|