APA ITU MASTERPIECE313?
MASTERPIECE313 itu sebenarnya suatu jenama yang ingin akhi popularkan untuk jam berfoto yang akhi cipta dan pasarkan. Jam itu menjadi agak unik kerana di latari dengan foto yang pelbagai. Ada pelanggan yang mahu gambar sendiri menjadi latarnya, ada yang mahu foto pemimpin mereka dipaparkan, ada yang mahukan hanya sebuah logo sahaja yang melatari jam dinding tersebut. Akhi akan mengikuti apa saja yang pelanggan mahu. Oleh kerana pengetahuan dalam bidang grafik pun agak terbatas maka akhi hanya mampu melakarkan rekabentuk yang mudah dan sedap di pandang mata sahaja. Didalam laman web ini akhi perlihatkan rekabentuk dan jam yang sudah siap. Pelanggan boleh lihat rekabentuk jika mahu menempah sebab foto jam yang sudah siap di fotokan bukan di studio atau secara professional maka resolusinya agak kurang jelas kerana ianya di fotokan secara amatur. Jadi pelanggan boleh membuat pilihan berdasarkan rekabentuk yang akhi buat (lihat sini). Yang jelasnya akhi mahu agar setiap jam yang akhi buat itu menjadi ekslusif dan hanya satu ciptaan yang tersendiri. Jadi pelanggan-pelanggan akhi boleh berbangga memiliki-nya. Walau bagaimana pun akhi percaya ada diantara pelanggan tidak puashati 100% kerana rekabentuk yang akhi tampilkan amat terhad. Untuk yang belum menempah, sudi-sudilah membuat tempahan dan akhi berjanji akan membuat rekabentuknya akan dapat memenuhi selera anda semua. Kepada yang sudah membuat tempahan akhi ucapkan terimakasih kerana memberi sokongan kepada akhi. Itu akhi anggap sebagai suatu galakan untuk akhi dalam meneruskan kesinambungan hidup setelah di serang stroke 4 tahun lalu. TEMPAHAN BOLEH DI BUAT MELALUI IN-BOX
@https://www.facebook.com/nosa.iskandar bayaran akan ditentukan setelah rekabentuk serta saiz dan kualiti jam ditentukan melalui perbincangan itu nanti. PEMBIKINAN JAM AKAN MENGAMBIL MASA SEKITAR SATU MINGGU DARI TARIKH TEMPAHAN DIBUAT. |
Ini adalah jam yang di tempah oleh seorang pelanggan untuk dihadiah-kan kepada seseorang.
Ini adalah foto yang agak sedikit jelas dan sempurna.
|
KLIK SINI
|